Tuesday, May 15, 2012

GREY OYSTER MUSHROOM


GREY OYSTER MUSHROOM (CENDAWAN TIRAM KELABU)
Nama biasa ; cendawan tiram kelabu.
Nama saintifik : Pleurotus ostreatus
Ciri-ciri : sejenis cendawan tiram yang popular. Kelopakkya boleh mencapai sehingga 8 inci, biasanya berbentuk kipas atau tiram. Mempunyai tangkai yang pendek dan insang yang berwarna putih / kekuningan.
Nilai nutrient :  Niasin          - metabolism tenaga
                        Riboflavin        - membantu mengekalkan penglihatan yang baik.
                        Thiamin           - berfungsi dengan baik dalam system saraf.
Kebaikan untuk kesihatan : mengurangkan tekanan darah tinggi, mengelakkan pertumbuhan tumor, antioksidan.




WHITE OYSTER MUSHROOM (CENDAWAN PUTIH)

Nama biasa : cendawan tiram putih.
Nama saintifik : Pleurotus florida
Ciri-ciri : badannya berwarna putih. Mempunyai ciri-ciri yang hamper sama dengan cendawan tiram emas.
Nilai nutrient : vitamin B3 – metabolism tenaga
                        Vitamin B2 – membantu mengekalkan penglihatan yang baik
                        Vitamin B1 – berfungsi dengan baik dalam system saraf
Kebaikan untuk kesihatan : mengurangkan tekanan darah, merencatkan pertumbuhan tumor, antioksidan






GOLDEN OYSTER MUSHROOM (CENDAWAN TIRAM EMAS)

Nama biasa : cendawan tiram kuning
Nama saintifik : Pleaurotus citrinopileatus
Ciri-ciri ; bersaiz sederhana. Hujung kelopak menggulung ke luar dan berwarna kuning terang. Insang berwarna kuning pucat.
Nilai nutrient ; vitamin B3 – metabolism tenaga
                        Vitamin B2 – membantu mengekalkan penglihatan yang baik
                        Vitamin B1 – berfungsi dengan baik dalam system saraf
Kebaikkan untuk kesihatan : mengurangkan tekanan darah, merencatkan pertumbuhan tumor, antioksidan.






LING ZHI

Nama biasa : Ling Zhi
Nama saintifik : Ganoderma lucidum
Ciri-ciri : cendawan polispora yang lembut ( apabila segar ),  berbentuk leper dengan warna merah varnish yang ketara.
Nilai nutrient :
Germanium Organik ( Ge ) – mencegah kemerosotan tisu
Polisakarida – membantu menyahtoksik dari badan
Adenosine – mengurangkan kolestrol
Triterpoids – melancarkan proses penghadaman
Kebaikkan untuk kesihatan : anti- tumor, antioksidan, anti- alergi, mencegah kancer






BALCK FUNGUS MUSHROOM (CENDAWAN TELINGA KERA)

Nama biasa : cendawan telinga kera
Nama saintifik : Auricularia polytricha
Ciri-ciri : cendawan bergelatin yang hidup berkelompok ini mempunyai permukaan yang licin tetapi mengedut apabila menghala ke bahagian tengah.
Nilai nutrient:
Protein – membina, menyimpan dan menggantikan tisu di dalam badan.
Besi – mengangkut dan menyimpankan oksigen.
Vitamin – penting untuk metabolism biasa, pertumbuhan dan perkembangan.
Kebaikkan untuk kesihatan : memperbaiki pengaliran darah, boleh mengurangkan berat badan.





ABALONE MUSHROOM
Nama biasa : cendawan abalone
Nama saintifik ; Pleuritus cystidiosus
Ciri-ciri : lebih berisi daripada cendawan tiram kelabu dan putih. Mempunyai batang yang lebih tebal dengan insang yang lebar. Kelopaknya adalah luas dan berbentuk abalone.
Nilai nutrient :
Protein – membina, menyimpan dan mengganti tisu di dalam badan.
Mineral – menggiatkan tindakan enzim di dalam badan.
Kebaikkan untuk kesihatan : mengawal atur darah, mencegah jangkitan bacteria.










No comments:

Post a Comment